Wanita ISMA – Sekitar ‘Say NO to Zina’

Headline, Komuniti ISMA, Wanita & Keluarga — By on 9 November 2015 2:08 pm

photo_2015-11-18_14-07-24

Oleh: Fairuz Izyan binti Kamaruddin

GOMBAK, 31 Oktober – Seramai 90 orang pelajar perempuan tingkatan satu hingga tingkatan empat SMK Setapak Indah telah menghadiri program jelajah ‘Say NO to Zina’ anjuran Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Gombak.

Slot pertama yang disampaikan oleh Puan Norjamaliah Abd Wahab bertajuk ‘Secantik Bidadari’ telah mengetengahkan definisi kecantikan bagi seorang wanita.

“Kecantikan bukan semata-mata terletak pada rupa fizikal tetapi juga pada akhlak dan peribadi terutamanya sebagai seorang Muslimah,” begitu ujar beliau yang juga merupakan pakar perunding imej berlesen.

Dalam sesi yang sama, beliau telah memberikan tips-tips bermanfaat untuk menjaga imej dari segi perilaku, penampilan dan pertuturan sebagai seorang wanita.

Slot kedua pula bertajuk ‘Jauhi Zina’ dan disampaikan oleh Dr Atiqah Azam, pelajar Master of Pharmacology bagi mengetengahkan kepentingan untuk menjauhi pintu-pintu zina seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Selain itu, pelajar juga didedahkan tentang kesan-kesan negatif dari sudut kesihatan, emosi dan institusi keluarga yang boleh terjadi dengan berlakunya perbuatan zina.

Jelajah ‘Say NO to Zina’ yang akan diadakan di sekolah-sekolah lain sekitar kawasan Gombak ini merupakan sebahagian daripada Kempen Muliamu Wanita anjuran Wanita ISMA.

photo_2015-11-18_14-06-42

photo_2015-11-18_14-06-34

0 Comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Comment