Tahniah adik Nadhiroh

, ,

Warga ISMA Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat adik Nadhiroh bt Mohd Asri yang menjadi johan hafazan Al-quran kategori 1-30 juzuk dalam Majlis Menghafaz Al-Quran peringkat daerah Hulu Langat yang berlangsung pada 20 Januari lalu.

Adik Nadhiroh adalah anak ketiga daripada lapan beradik, hasil perkongsian hidup Ustaz Mohd Asri b. Hashim (Ketua Biro Tarbiyah Cawangan Gombak) dan Ustazah Junainah bt Abdul Samad . Beliau yang sedang menunggu keputusan SPM, merupakan bekas pelajar Sekolah Bina Insan (SBI) yang terletak di KUIS Bukit Mahkota. Ketika di SBI, beliau adalah pelajar terbaik hafazan 30 juzuk.

Apabila ditanya kepada ibunya mengenai rahsia mendidik anak, Ustazah Junainah yang lebih mesra dipanggil kak Jannah mengatakan ‘menanamkan pada anak-anak cinta kepada yang Maha Kekal iaitu Allah dan mukjizat agung-Nya iaitu Al-Quran’.

Adik Nadhiroh akan mewakili daerah Hulu Langat ke pertandingan hafazan peringkat Negeri Selangor pada 3 Februari ini. Moga Allah melapangkan dadanya dan memudahkan urusannya dalam pertandingan itu nanti. Sama-sama kita doakan kejayaannya. Moga adik Nadhiroh terus menjadi contoh tauladan yang baik buat remaja hari ini. Sesungguhnya remaja hari ini merupakan pemimpin masa hadapan.

 

photo_2015-01-26_12-47-24

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *