Seminar Keibubapaan: Komunikasi dalam mendidik anak

, , ,

Oleh Mohd Faiq Naquiddin Md Pazin

Gombak, 11 Mac – “Komunikasi tetapi tidak berkomunikasi. Kita aktif berada di dalam alam maya tetapi tidak aktif ketika dalam alam nyata” antara isi ucapan Encik Mohd Zuraidi Bin Zakaria, Yang Dipertua (YDP) Isma cawangan Gombak ketika memberi ucapan penutup Seminar iKeluarga siri 1 ‘Anak Lelaki vs Anak Perempuan’ di Masjid Khairiah hari ini.

Seminar iKeluarga siri 1 ‘Anak Lelaki vs Anak Perempuan’ merupakan satu inisiatif Biro Keluarga & Masyarakat (BKM) Isma cawangan Gombak dalam memberi informasi serta pendedahan awal kepada masyarakat terutama ibu bapa dalam mendidik dan membimbing anak – anak.

Menurut En Mohd Zuraidi, keadaan dunia hari ini yang semakin sukar dan terbuka ini membuat seseorang individu itu sukar untuk membuat sebarang keputusan disebabkan informasi yang terlalu banyak dari pelbagai sumber. Hal ini memerlukan individu tersebut memiliki kemahiran dalam menilai dan menganalisa serta memerlukan panduan daripada orang yang lebih berpengalaman dalam menempuh cabaran dunia masa kini.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa kehadiran anak-anak dalam kehidupan boleh menjadi ujian kepada kita atau menjadi fitnah kepada ibu bapa jika mereka tidak dididik  dengan baik. Oleh itu, ibu bapa memerlukan kemahiran serta perlu bijak dalam urusan mendidik dan membimbing anak – anak. Progam seperti ini perlu lebih kerap diadakan agar ibu bapa dapat didedahkan lagi dengan maklumat berfaedah dalam mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *