Semanis Kurma Ramadan kupas persoalan fekah dan faedah berpuasa

Headline, Komuniti ISMA, Ramadhan, Wanita & Keluarga — By on 4 July 2015 11:35 am

11659356_830619887015594_6985911975294887826_n

Oleh: Syarifah Hawa A Latip

SRI GOMBAK, 28 Jun – Forum Semanis Kurma Ramadan yang berlangsung pagi tadi telah mengupas pelbagai persoalan fekah dan faedah kesihatan berkaitan ibadat puasa, terutama di bulan Ramadan.

Antara topik hangat yang dibincangkan di Surau Al-Iman itu termasuklah isu rukhsah dalam ibadah berpuasa.

Menurut Ustazah Khumairo, selain golongan wanita yang berada dalam keadaan berhadas besar seperti haid dan nifas, orang yang bermusafir, sakit, menyusukan anak, terlalu tua atau bekerja berat boleh meninggalkan puasa Ramadan.

“Islam tidak menetapkan had tertentu untuk tahap kesakitan atau kesusahan yang membolehkan golongan tersebut untuk tidak berpuasa justeru terdapat pelbagai pandangan mengenainya,” terang Ustazah Khumairo lagi sebelum menghuraikan satu persatu tafsiran dan pandangan ulama bagi setiap kelonggaran yang diberikan.

Panelis yang kedua, Dr Anayasmin dari i-Medik pula banyak menceritakan kisah faedah berpuasa dari aspek fisiologi badan manusia.

“Puasa mampu meningkatkan hormon gembira ataupun oksitoksin dan juga meningkatkan detoksifikasi dalam badan,” ujar Dr Anayasmin.

Oleh sebab itu, beliau menyarankan agar perokok tegar mengambil peluang untuk meninggalkan tabiat tersebut di bulan Ramadan ini kerana nikotin dalam badan menurun ketika proses detoksifikasi dan suasana persekitaran pula bebas asap rokok sewaktu semua orang berpuasa.”

Hadirin yang rata-rata merupakan kaum ibu itu turut diberikan cadangan penyediaan diet seimbang untuk kaum keluarga dan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma.

11350625_830619850348931_5940598368845252176_n

Forum yang dianjurkan merupakan sebahagian daripada Usrah Wanita dwi-mingguan yang disusun Wanita ISMA, untuk para muslimat sekitar Gombak dengan kerjasama I-Medik, Biro Keluarga dan Masyarakat, I-Guru dan Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Gombak.

2 Comments

  1. fazli says:

    boleh saya dapat kan jadual usrah wanita yang di buat sekitar gombak. untuk kawan saya yang menetap di gombak.

    tolong reply

    • zaid.rais says:

      Assalamualaikum,
      Terima kasih kerana menghubungi kami. Kami ada tarikh2 tentatif untuk usrah wanita seperti berikut (10/7, 24/7, 14/8, 28/8, 11/9, 25/9, 9/10, 21/10). Dan kita ada beri mesej reminder untuk sekiranya terdapat sebarang perubahan tarikh, masa dan tempat. Boleh saya dapatkan nombor telefon untuk kami hubungi bagi tujuan tersebut? Emailkan nombor telefon ke mzaidmrais@gmail.com
      🙂

      *Sekiranya letak nombor telefon secara umum di sini, mungkin boleh disalahgunakan oleh orang lain.

Leave a Comment