Ramadhan sebagai bulan rawatan ruh

, ,

IMG_20160611_213857

Oleh: Muslim Abdullah

GOMBAK BATU 11, 11 Jun– “Allah meminta kita untuk meninggalkan makan dan minum dan meninggalkan larangan-larangan Allah di bulan Ramadhan, sesetengah pendapat mengatakan yang paling besar Allah nak didik dalam bulan ini adalah mendidik nafsu makan dan minum kita, kerana ia adalah yang paling asasi dalam kehidupan manusia”, ujar Ustaz Zuraidi Zakaria selaku pentazkirah pada malam itu.

“Allah s.w.t menfardhukan puasa untuk mendidik manusia tentang nafsu makan dan minum, di sana ada ma’ani yang sangat besar, sekiranya kita mampu mendidik nafsu yang paling besar ini, insyaAllah, kita mampu utk mendidik nafsu kita yang lain”, kata Ustaz Zuraidi Zakaria yang juga memegang jawatan sebagai YDP ISMA Gombak.

“Ramadhan juga menjadi penawar kepada amalan dan jiwa kita dalam bulan-bulan yang lain. Katakan hari ni kita sakit dan doktor berikan beberapa jenis ubat untuk mengubati penyakit kita, begitulah juga Ramadhan. Dalamnya ada pelbagai ubat yang perlu di ambil, contohnya, jika kita hanya berpuasa tetapi meninggalkan kewajipan-kewajipan yang lain, maka ketika itu kita tidak akan mendapat dos ubat yang secukupnya. Maka kita tidak akan memperoleh rawatan yang sempurna”, tambah beliau bagi mengakhiri tazkirah pada malam itu.

IMG_20160611_231408

Majlis pada malam itu diakhiri dengan sesi penyerahan borang keahlian ISMA oleh Pengerusi Surau Silaturrahim, Tuan Haji Amin bin Ahmad Ralzalli.

Tuan Haji Amin turut menyatakan sokongan terhadap aktiviti-aktiviti ISMA Gombak yang memfokuskan kepada da’wah dan tarbiyah yang kian mendapat perhatian masyarakat setempat.

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *