Pengenalan Universiti Melalui Sukan

, ,

Oleh: Ahmad Sukri Norhan

Xpresi Circle Vol2-1

 

GOMBAK, 29 Mac- Penerapan aspek kerohanian dan alam universiti melalui sunnah bersukan memudahkan proses pengenalan Pembina kepada remaja sekitar.

“Saya seronok dapat bermain futsal, selain dapat release stress dan kenal kawan-kawan baru, topic pengisian juga menarik seperti pemilihan kursus yang sesuai di universiti dan dapat kenal dengan Pembina” ujar Hafidz Hata, salah seorang peserta lelaki.

Selain itu, program ini berjaya menghidupkan kembali amalan sunnah nabi di dalam kehidupan seharian melalui aktiviti menunggang kuda yang hampir dilupakan oleh remaja masa kini.

Ujar salah seorang peserta perempuan Syazwani, amalan sunnah ini sememangnya seronok lebih-lebih lagi sambil menunggang kuda kita dapat berukhwwah.

Tambah beliau lagi, permainan meneka sunnah nabi melalui bahasa badan juga sangat mengesan dalam sanubari beliau.

Siri kedua Xpresi Circle yang berlangsung secara berasingan peserta lelaki dan perempuan telah menarik minat seramai 45 orang lepasan SPM 2014.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah bermain futsal dan menunggang kuda.

Xpresi Circle Vol2-4

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *