LZS Meterai Usahasama KLIKK

,

Oleh: Syarifah Hawa A Latip

11222497_177682525901709_386877792781112132_o
BATU CAVES, 10 Oktober – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini buat julung-julung kalinya telah memberikan persetujuan untuk berusahasama dalam menjayakan projek mega dwi-tahunan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Gombak, Karnival Sukan, Kesihatan dan Keluarga pada November ini.

Pegawai Acara dan Perhubungan Komuniti, Cik Hajar Abd Rahim berkata, pihaknya akan menaja penuh kos acara utama KLIKK sejak pertama kali ia dianjurkan pada tahun 2010 iaitu acaran larian maraton.

Perkara ini turut didokong Pengurus Operasi Daerah Gombak, En. Azhar Yahya Arif dan En. Fadzli Ikhwan Mohamed, selaku Eksekutif Dakwah, Pejabat Kutipan LZS

Usahasama yang dibuat bagi menaja penuh kos ini bakal membolehkan yuran penyertaan acara tersebut disumbangkan kepada rumah kebajikan yang memerlukan, tanpa mengkompromi ganjaran lumayan buat para pemenang.

Selain larian maraton, pelbagai acara lain turut dibawakan bagi memenuhi minat segenap lapisan masyarakat seperti street soccer, sukaneka, mewarna, bouncing castle, forum, Malam Inspirasi Seni bersama selebriti, dan sebagainya.

Orang ramai khususnya penduduk sekitar Gombak dan Batu Caves dijemput hadir memeriahkan KLIKK3 pada 7-8 November ini, bertempat di Surau al-Ikhwan, Taman Samudera Batu Caves.

Untuk pertanyaan lanjut bagi pendaftaran gerai, penyertaan acara dan sebagainya, orang ramai boleh menghubungi Pegawai Perhubungan KLIKK3, En. Ashraf Azman di talian 017 6052600 serta layari www.facebook.com/klikk3

12068413_177682522568376_5144783921781481331_o

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *