KRIM prihatin dekati gelandangan

, , ,

test1

Oleh: Sukri Norhan

GOMBAK, 27 Jun – Kegembiraan bulan Ramadan kali ini jelas terpancar disebalik kesusahan yang dialami oleh gelandangan walaupun sekadar menerima kunjungan ahli Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Gombak untuk bertanya khabar.

Antara objektif program kali ini adalah untuk mengambil iktibar dan juga menyelami perasaan gelandangan berpuasa pada bulan yang mulia ini. Ini sesuai dengan tujuan utama ibadah berpuasa sendiri iaitu untuk merasai perit jerih golongan yang tidak mampu.

Selain aktiviti menjejaki gelandangan, meraka juga didedahkan dengan aktiviti perkongsian pengalaman-pengalaman berharga golongan ini dalam menempuh kehidupan apabila tiba bulan Ramadan.

Selain itu juga, aktiviti pengedaran buah tamar juga diberikan untuk meringankan beban mereka untuk berbuka nanti.

“Saya berasa amat bertuah menyertai program kali ini dan berasa sungguh bersyukur kerana dilahirkan ke dalam keadaan mencukupi sedangkan mereka tidak”.

“Kita perlu menginsafi dan mengambil iktibar sesungguhnya di luar sana masih terdapat golongan yang susah dan hanya berbuka puasa sekadar yang termampu untuk meneruskan kehidupan”, ujar salah seorang peserta.

Seramai 18 ahli KRIM Gombak telah turun ke sekitar Masjid Jamek, Kuala Lumpur untuk mendekati para gelandangan dan juga golongan orang kelainan upaya (OKU) sempena dengan kedatangan bulan Ramadan.

S2080018

Program Ramadan Outreach yang merupakan sebahagian dari pakej Akademi Remaja Muslim (ARK) telah dilancarkan pada bulan ini adalah antara usaha KRIM dalam pembentukan remaja Muslim yang hebat.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *