Kelab NAZIM Gombak 2012: program bertemakan “4X Training”

,

GOMBAK, 16 JanTema “4 X Training” menjadi program  utama Kelab NAZIM Gombak dalam merencana pembangunan jatidiri anak-anak muslim bagi tahun 2012, ujar Ketua Wanita Gombak, Ustazah Zaharah Binti Md Nor.

“Kelab NAZIM Gombak mengambil pendekatan “4X Training”  iaitu Excellent Akhlak, Extra Ibadah, Exceed Expectation dan Express Mahabbah sebagai satu langkah murni untuk melahirkan anak-anak yang terancang sahsiahnya.”  katanya.

Beliau berkata dalam salah satu slot program ramah mesra Kelab NAZIM Gombak 2012 bersama penduduk Kuartes Institusi Perguruan Gombak, semalam.

Ketua Wanita Gombak itu juga berkata, anak-anak akan diberikan ruang dalam mengasah bakat melalui merekacipta atau  menghalusi seni kraf mengikut daya kreativiti mereka sendiri.

Tambah beliau lagi, dengan perlaksanaan “4X Training” ini, anak-anak akan dilatih melalui Kelab NAZIM, mengenai pembangunan diri, akhlak dan juga pergaulan sosial.

Dalam pada itu, beliau berbesar hati dan terima kasih kepada pihak KIP Gombak kerana sudi memilih Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam menjalankan kerjasama bersama melalui Kelab NAZIM Gombak dengan penduduk KIP Gombak.

 

Disediakan oleh:

Ahmad Sukri Norhan

Wartawan Media ISMA Gombak

 

3 replies

Trackbacks & Pingbacks

  1. […] Disediakan oleh: Wartawan Media ISMA Gombak Sumber: ISMA Gombak […]

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *