Isma Gombak beri sumbangan Ramadan, ringankan beban ibu tanggung 9 anak

Headline, Komuniti ISMA, Wanita & Keluarga — By on 22 June 2016 10:44 pm

photo_2016-06-22_17-03-30-1024x576

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

SETAPAK, Rabu – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Gombak Syukbah Setapak, hari ini telah menyampaikan sumbangan berupa keperluan asas dan wang tunai kepada sebuah keluarga yang memerlukan.

Sumbangan berkenaan disampaikan kepada keluarga Puan Mazlina Kamaruddin yang menetap di Kampung Changkat, Gombak oleh Ketua Syukbah Dr M Hanis M Noor diiringi saudara Akbar Abd Rahman.

Dr Hanis memberitahu bahawa Puan Mazlina bersama suami, kini menyara empat orang anak yang masih bersekolah dan menjaga tiga anak yatim iaitu anak kepada kakaknya.

“Tiga anak yatim itu masing-masing berumur 18 tahun, seorang lelaki, manakala seorang lagi, adalah perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 17 tahu, bersekolah di PDK Gombak Setia, dan seorang lagi berumur 15 tahun bersekolah di SMK Sri Gombak

“Ayah kepada anak yatim itu telah meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang selepas beberapa bulan menjalani operation di China, manakala ibu kepada anak yatim itu meninggal kerana penyakit jantung,” kata Dr Hanis kepada Ismaweb, hari ini.

Selain memberi sumbangan berkenaan, Isma Gombak turut menawarkan bantuan berbentuk program pembinaan jatidiri kepada anak-anak jagaannya.

“Puan Mazlina turut bersetuju untuk melibatkan anak-anaknya serta anak saudara di bawah jagaannya dalam program Isma di bawah program KRIM,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Hanis dan seluruh Isma Gombak berharap agar dugaan Puan Mazlina yang mempunyai tanggungan seramai 9 orang kesemuanya dapat diringankan dengan sumbangan ini.

“Semoga pemberian ini dapat membantu keluarga ini dalam menghadapi baki Ramadan dan Syawal yang bakal tiba,” katanya.

Turut hadir memberi sumbangan ialah isteri Dr Hanis, Nuur Amalina Amirah, Dr Indra Putra dan isterinya, Nur Diyana Azammudin bersama saudara Akbar Abd Rahman.

photo_2016-06-22_17-03-34-1024x576

0 Comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Comment