Isma Gombak beri khidmat bimbing bacaan al-Fatihah kepada orang awam

, , , ,

Oleh Syarifah Hawa A Latip

BATU CAVES, 12 Jun – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Gombak memberi khidmat memperbaiki bacaan Al-Fatihah secaara percuma di Giant Batu Caves, menerusi Klinik Al-Fatihah dengan kerjasama Pasaraya besar Giant, bermula semalam sehingga hari ini.

Orang ramai hanya perlu meluangkan 2 minit membaca al-Fatihah di hadapan tenaga pengajar, sebelum dibimbing untuk meningkatkan kualiti bacaan mereka dari segi makhraj dan tajwid.

Selain tenaga pengajar berkemahiran dari kalangan aktivis Isma, turut membimbing juga adalah Siti Nabiha Binti Md Marham, Naib Johan Majlis Tilawah Al Quran peringkat  Negeri Selangor tahun 2015.

“Sebagai salah satu rukun utama di dalam solat, Isma Gombak merasa bertanggungjawab untuk membantu warga setempat meningkatkan mutu bacaan mereka, terutamanya orang ramai yang sibuk dan tidak berpeluang menghadiri kelas-kelas al-Quran dan tajwid secara formal,” kata En. Aminuddin Ishak, Pengarah Program Klinik Al-Fatihah yang merupakan sebahagian daripada aktiviti Kempen Jom Baca al-Quran, suatu inisiatif di bawah Biro Islamiat Isma.

‘Booth’ Klinik Al-Fatihah ini berlangsung pada 10-11 Jun 2017 bermula jam 12.30 tengah hari hingga 5.30 petang di perkarangan pintu masuk utara (berhampiran KFC), Giant Batu Caves dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Turut dijalankan ialah aktiviti kutipan infaq dan waqaf bagi pembangunan dan pembinaan Maahad Tahfiz al-Fateh.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *