Harta peninggalan adalah hak bersama ahli waris

Aktiviti, Berita, Wanita & Keluarga — By on 19 June 2016 7:17 pm

sfw2

Oleh: Syarifah Hawa binti A Latip

SETAPAK, 18 Jun – “Harta peninggalan arwah merupakan hak bersama semua ahli waris,” begitu kata Puan Maryam Jameelah, ketika menjawab persoalan mengenai penafian hak ahli waris yang diutarakan ketika Seminar Fiqh Wanita baru-baru ini.

“Adalah penting bagi setiap ahli waris untuk redha dengan pembahagian harta yang dijalankan.

“Sekiranya terdapat sebarang kesangsian atas status wasiat yang dilakukan oleh si mati, salah seorang daripada ahli waris perlu membuat permohonan kepada pejabat agama negeri untuk siasatan lanjut,” ulas Pegawai Syariah yang berkhidmat di Mahkamah Rendah Syariah Ampang itu.

Tambah beliau lagi, perkara tersebut sangat penting agar harta yang tidak dihibahkan dapat dibahagikan seadilnya mengikut hukum faraid.

SFW1

Selain penerangan mengenai fiqh perwarisan harta, kira-kira 50 orang peserta seminar kali ini turut mendapat pelbagai pencerahan mengenai fiqh zakat yang berkait rapat dengan wanita seperti zakat emas dan perak.

Penganjuran seminar oleh Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Gombak pada kali ini di Surau Al-Amin turut mendapat kerjasama daripada Ikatan Guru-Guru Muslimin Malaysia (i-Guru) cawangan Gombak, Persatuan Kebajikan Penduduk Islam  (PKPI) Taman Setapak Indah.

0 Comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Comment