Seminar Ancaman Liberalisme

Poster Seminar Ancaman Liberalisme

 

Seminar

Ancaman Liberalisma Oleh Kumpulan-Kumpulan Hak Asasi di PBB

 

ANJURAN BERSAMA

BIRO DAKWAH

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)

GOMBAK & KUALA LUMPUR

DAN

YAYASAN DAKWAH ISLAMIYAH MALAYSIA (YADIM)

 PADA

19 Oct 2013, Sabtu,

9:30 pagi hingga 1.00 tengah hari

 

BERTEMPAT DI

Dewan Memorial Tun Abdul Razak,

Jalan Perdana, Kuala Lumpur

 

 

Tuntutan kumpulan hak-hak asasi manusia yang dikenali sebagai COMANGO (the Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) kepada PBB dalam kempen mereka dalam sesi Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) serta ancaman liberalisasi agama melalui tuntutan tersebut merupakan suatu isu yang sedang hangat diperkatakan. COMANGO yang merupakan gabungan  daripada lebih 50 NGOs ini  seolah-olah hendak mengambil kesempatan di atas nama perjuangan hak asasi manusia untuk menuntut hak yang bukan termaktub dalam perlembagaan dan norma masyarakat  dan kemudian berterusan menuduh Malaysia khususnya umat Islam sebagai pencabul hak asasi manusia.

Dalam hal ini apabila wujud keadaan di mana Malaysia khususnya agama Islam dicabar oleh sekelompok manusia, seperti tuntutan kebebasan beragama dan cara hidup songsang, campurtangan dalam penggunaan Nama Allah serta ancaman gejala murtad dalam kalangan umat Islam seandainya tuntutan ini dibawa ke Mahkamah Antarabangsa,  maka pihak berkuasa Islam dan umat Islam secara keseluruhannya berhak bertindak menurut lunas perlembagaan dan undang undang untuk memperbetulkan keadaan.

Sudah menjadi tanggungjawab bagi umat Islam untuk menjaga kesucian dan kemuliaan agama ini dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan, penyalahgunaan atau sebarang ancaman, maka ia perlu disekat.

Dengan kesedaran ini, ISMA dengan kerjasama pihak tuan bakal menganjurkan satu seminar bagi menyedarkan masyarakat serta memupuk keprihatinan kita kepada isu liberalisasi serta ancamannya di Malaysia melalui tuntutan ini. Panelis yang dijemput akan mengupas  topik ini secara mendalam seterusnya kita dapat sama-sama mencari resolusi terbaik untuk menangani gejala ini serta membendungnya mengikut kemampuan masing-masing.

Pelbagai aktiviti akan disusun sepanjang program separuh hari ini. Antaranya Ceramah, booth-booth pameran dari AMAN PALESTIN, ISMA dan agensi di bawahnya, PEMBINA, alunan nasyid serta pidato.

 

JEMPUTAN

Seluruh lapisan masyarakat, para mahasiswa dan pelajar sekolah di sekitar Kuala Lumpur dan Gombak 

 

Cadangan aturcara Seminar:

09.30pg                       –           Ketibaan & Perasmian

09:50                           –           Montaj & Pidato 1

10:00                           –           Ceramah oleh Tuan Hj Nasir Desa

11:30                           –           QnA    

12:15                           –           Resolusi dari Pengarah Program

12:30                           –           Peserta gerak ke tapak Pameran & Bersurai

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Saudara Syimir: 018-7759895

Saudari Shafnah: 017-327 4024