Anak lelaki mesti lasak

, , , ,

Oleh Mohd Faiq Naquiddin Bin Md Pazin

GOMBAK, 11 Mac –  “Galakkan anak lelaki lakukan aktiviti lasak dan kepimpinan.”

Seruan ini disampaikan oleh Pn Rosnah Ahmad ketika Seminar i-Keluarga siri 1 bertajuk ‘Anak Lelaki vs Anak Perempuan’ anjuran Biro Kebajikan & Masyarakat (BKM) Isma cawangan Gombak.

Beliau juga menyarankan agar bagi anak perempuan perlu dididik untuk berdandan, menjaga kekemasan diri serta memelihara diri sesuai dengan fitrah seorang perempuan. Anak perempuan dengan kecantikan tidak boleh dipisahkan.

Pn Rosnah merupakan seorang motivator yang berpengalaman dalam pendidikan awal kanak-kanak. Seminar ini dihadiri hampir 20 pasangan suami isteri dari pelbagai latar belakang kerjaya.

Seminar kali ini diadakan bertujuan untuk memberi panduan kepada ibu bapa dalam menjaga dan berinteraksi dengan berbeza terhadap anak lelaki dan anak perempuan.

Seminar ini penting untuk ibubapa faham dan belajar cara kemampuan dan perkembangan anak-anak kerana jika tersilap boleh membantutkan potensi anak-anak.

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *