7 Pemuda Berjiwa Masyarakat

, , ,

Oleh Mohd Faiq Naquiddin Bin Md Pazin

Gombak, 20 Mei – “Projek Cat Masjid merupakan satu inisiatif Pemuda Isma Gombak sebagai medium kepada para pemuda yang ingin menyumbang tenaga kepada masyarakat.” ujar Ustaz Assiddiq Fauzan selaku Ketua Pemuda Isma Gombak.

Projek Cat Masjid pada hari ini telah berlangsung di Masjid As Syakirin, Wangsa Maju Seksyen 3 telah disertai seramai 7 orang pemuda dibawah sebuah pasukan dikenali sebagai ‘Fix & Go’ sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Pasukan ‘Fix & Go’ merupakan satu pasukan sukarelawan yang diwujudkan di bawah Pemuda Isma Gombak bagi tujuan melakukan kerja-kerja sukarelawan.

Menurut Ustaz Assiddiq, program seperti ini dirancang untuk diadakan setiap bulan dan beliau mengharapkan agar program ini dapat disertai ramai pemuda dalam usaha untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *