40 remaja sertai Liga Futsal anjuran KRIM Gombak

,

photo_2015-09-18_17-53-42

Oleh: Mohamed Khir Azril bin Badrishah

SETAPAK, 16 September – Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Gombak dengan kerjasama Global Thinker Academy (GTA) telah berjaya menganjurkan pertandingan futsal dengan konsep liga satu pusingan. Seramai 40 orang pelajar sekitar Setapak dan Gombak berjaya dikumpulkan.

Pada awalnya, satu pertandingan futsal telah dirancang iaitu semasa karnival anak watan di gelanggang futsal sebelah Kompleks PKNS Bangi, namun, atas faktor cuaca jerebu yang melanda di sekitar Lembah Klang, pertandingan terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain.

Demi meraikan pelajar sekolah yang sedang bercuti sempena hari malaysia, KRIM Gombak dan Global Thinker Academy(GTA) telah menjalankan pertandingan yang bertempat di indoor futsal centre(IFC), Setapak. Perlawanan bermula pada pukul 10.50 pagi dan tamat 12.50 tengahari.

“Pertandingan sukan sebegini dapat mengisi masa lapang pelajar dari disibukkan dengan perkara yang tidak berfaedah”, kata salah seorang penggerak KRIM Gombak.

Justeru, KRIM Gombak sangat komited untuk merencanakan aktiviti permainan sukan selain daripada aktiviti-aktiviti lain yang tersedia di dalam pakej KRIM.

Sebagai promosi awal, KRIM Gombak sekali lagi ditugaskan untuk mengelolakan pertandingan StreetSoccer dalam Karnival Sukan, Kesihatan dan Keluarga (KLIKK 3) pada awal November nanti di Taman Samudera, Batu Caves.

KRIM Gombak bersedia menerima seramai mungkin penyertaan, tidak terhad kepada penduduk di Gombak sahaja.

photo_2015-09-18_17-53-44

photo_2015-09-18_17-53-46

photo_2015-09-18_17-53-47

photo_2015-09-18_17-53-39

photo_2015-09-18_17-53-41

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *